Saturday, April 18, 2009

:: Tribute to Allahyarhamah Cik Hjh Shahar Banun Jaafar ::

:: Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. tepat pada 3:47 pm 11 April 2009, aku telah menerima satu message dari Kak Bihah Classmate aku waktu aku amik master dulu yang berbunyi "Salam. Cik Shahar Banun meninggal pg td".. Aku terkejut dengan khabar berikut kerana setahu aku Cik Shahar org yang aktif dan sihat.. tetapi Allah lebih sygkan Arwah dan telah kembali ke rahmahNya.. aku dikhabarkan Arwah sakit asma, wallahu a'lam.. semoga Arwah dicucuri rahmah ::



:: Arwah tiga dari kiri di depan sekali :: Di rumah terbuka Arwah sempena AidilFitri ::

:: Saperkah Allahyarhamah Cik Shahar ni? Arwah merupakan pensyarah di Library & Information Science Department, Kulliyyah ICT, IIUM (UIAM)... Arwah mengajar beberapa subjek, Arwah telah mengajar aku dalam subjek MANAGEMENT OF AUTOMATED SYSTEMS & INFORMATION RESOURCES DEVELOPMENT.. ::

:: Arwah mempunyai hampir 7 master dan post diploma, Arwah cukup rajin menimba ilmu.. selain mempunyai Master dalam bidang library science, Arwah mempunyai Master in Business Administration, Diploma of Computer Studies, Post Graduate Diploma of Total Quality Management etc.. Arwah memang mahir dalam pengurusan mengautomasikan perpustakaan, termasuklah perancangan dan strategi pengurusan yang baik.. Arwah juga mahir dalam bidang pengurusan institusi maklumat, seperti contoh mewujudkan institusi maklumat yang khusus kepada tokoh dan subjek.. Arwah cukup arif dalam bidang pembangunan perpustakaan dari segi pengurusan dan pengurusan kualiti, anda boleh mengetahui lebih details di link ini... ::

:: Sebelum Arwah menyertai UIAM sebagai pensyarah, Arwah merupakan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Arwah merupakan pioneer yang membangunkan perpustakaan di negara kita ni, Arwah antara pustakawan yang terawal di malaysia ni yang telah memberi banyak sumbangan dalam pembangunan Perpustakaan Negara Malaysia.. Arwah telah berkhidmat di Perpustakaan Negara Malaysia dari tahun 1973 hinggalah 2001.. Arwah seorang yang begitu tegas dalam kerjanya, sewaktu aku praktikal di Perpustakaan Negara pada 2007 dulu, ada seorang senior pustakawan menceritakan bagaimana cara Arwah bekerja, beliau memberitahu, Arwah merupakan seorang yang begitu tegas dalam kerjanya sampai staf Arwah kecut perut jika Arwah dapat tahu ada stafnya membuat kesalahan.. Arwah pernah menghalau pegawai di bawahnya ketika interview kenaikan pangkat hanya kerana pegawai tersebut tidak pandai bercakap dalam bahasa Inggeris.. Arwah memang menekankan bahasa inggeris selepas bahasa Melayu.. Tidak mustahil la Arwah bole berjaya dan menjawat jawatan tertinggi di Perpustakaan Negara Malaysia.. dalam kelas, Arwah merupakan seorang yang begitu baik dan tegas juga, Arwah sentiasa mengajar menggunakan slide power point, yang paling aku ingat, Arwah nak kami buat kerja mesti colourful, mcm cth buat slide dan mind map.. Arwah sentiasa memberi pendapat dan galakan kepada kami semua yang kini kami semua 100% telah menjadi Pustakawan yang kini ada di USM, UIA, UKM, USIM, PNM & byk lagi organisasi yang besar2 belaka.. kita sama2 la mendoakan semoga Arwah berada di tempat org2 yang soleh dan solehah, Amin...... ::

1 comments:

Unknown said...

assalamualaikum,
i am a moroccan lady who studied with hjh shahar banun jaafar rahimahaallah. i accidently knew about her death through this blog. i understood only a few words as i don't speak any malaysian language. i speak only arabic and i wanted so much to know more about her and what came in this tribute. hjh shahar was very dear to me eventhough itis such a long time since we last saw each other. now i would like to know if there is a possibility to translate the tribute in english or just give me some information about her. i would be very grateful to you. thanks so very much in advance for your understanding and help.
asalamualaikum. fatima moumen