Monday, April 6, 2009

:: Tagged by my old fren ::

Ketika aku menulis post ni, aku sedang kejer petang.. biasala kalau kejer petang ni xder apa nak dibuat sgt, just melayan user di library ni dengan bermacam2 soalan.. sementara waktu kosong ni, aku tiba2 teringat kawan lama aku kat UIA dulu, namanya ILA NURSALIDA pernah tag aku kat dalam blog dia.. aku janji nak tulis pasal aku yg berkaitan.. ini instruction dia:



[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]



Aku berterima kasih kat ILA yang ingat kat aku, sanggup tag aku ni, hehehe.. apa2 pun aku akan tulis kat bwh ni 16 perkara yang berkaitan dengan directions tur ok? adakalanya ada kebaikan dalam diri aku dan ada juga kelemahan dalam diri aku, semoga yang baik itu berterusan dan yg lemah itu diperbaiki..



:: 1 :: Aku seorang yang suka menolong kawan yang betul2 menghargai erti sebagai seorang kawan, aku cukup menghargainya kalau kawan itu cukup baik kepada aku, aku sanggup buat apa saja jika seorang kawan itu tahu erti kawan ::



:: 2 :: Aku ni bukanlah extreme sangat pasal BPL tapi aku agak extreme dengan pasukan ARSENAL, aku cukup meminati pasukan ARSENAL dari segi corak permainan, skill dan barisan teenagers ARSENAL.. mungkin ada org kata aku ni bukan org lama as fan ARSENAL.. tapi aku bole katakan kini dan selamanya ARSENAL adalah football team in BPL which i love it forever and ever ::



:: 3 :: aku ni agak sensitif dalam beberapa keadaan especially bila org tak menghargai apa yang kita buat, mcm cth aku dah byk tolong dia tapi dia bole buat derrrrkk bila kita dlm kesusahan.. senang kata senang gembira biarlah sama2, susah seksa pun biarlah sama2.. ::



:: 4 :: Aku membina perhubungan cinta dengan menitik beratkan soal kejujuran dan keikhlasan, alhamdulillah kini aku mempunyai seorang tunang yang bakal menemani hidupku ini adalah seorang yang baik, ikhlas, jujur dan suci hatinya.. alhamdulillah.. (yebeda bedoooo) ::



:: 5 :: Aku suka dan berpuas hati setakat ini dengan keter pertama aku PERSONA 1.6 color Blueberry.. hasil titik peluh aku sendiri, alhamdulillah.. (kadang2 rindukan TIARA di Ipoh) ::



:: 6 :: Aku bersyukur kepada Allah, kini aku telah mempunyai sebuah rumah sendiri hasil titik peluh sendiri (walaupun kecik), beli rumah ini adalah hasrat dan impian aku sejak bulan pertama lagi berhijrah ke Penang ::



:: 7 :: Aku minat DECO rumah, kalo aku ada duit banyak, mcm2 aku nak DECO kat umah aku tur..



:: 8 :: Dulu dan kini aku berbadan agak besar @ gemuk.. aku tau itu MUNGKIN kelemahan aku, tapi teringat kat sekolah aku dulu, dulu aku slalu kena ejek 'badan gemuk otak kecik', then aku kata balik kat org yang ejek aku 'ko tengoklah nnt, org gemuk boleh berjaya..!!' ::



:: 9 :: Dulu kat sekolah aku pengawas sejak darjah tiga sampai darjah lima di SK Gombak Setia, then pindah Ipoh.. masuk sekolah menengah dilantik pengawas dari tingakatan 1 sampai tingkatan 5, aku dilantik sebagai Ketua Umum (KU) atau Ketua Pengawas dari tingakatan 4 hingga 5 (satu penggal).. mcm2 pengalaman waktu jadi KU dulu, mcm2 hal.. aku slalu terpikir adakah aku ini berdisiplin? aku akui kat sekolah dulu aku ni agak berdisiplin tapi xtau la lepas tur.. apa yg penting hidup aku ini cuba sedaya upaya mendisiplinkan diri.. insyaAllah ::



:: 10 :: Kat UIA dulu aku ni kira aktif la jugak berpesatuan dan berjamaah, hehehe.. mcm2 masuk sampai pernah jadi Director Programme, kira saper2 pernah jadi Director tur kira hebat la.. tapi itu semua dulu.. kenangan terindah.. terindah ker?? ::

:: 11 :: Aku sebenarnya tak terpikir nak jadi Librarian, bukan cita2 aku pun, tapi sebab kerana aku x brapa minat nak jadi ustaz, aku memilih jalan untuk mengambil aliran Library n Information Science, itu pun aku mengikut dua org kwn aku yg nak apply master ketika itu iaitu Hafizi dan Syed, apa2 pun itu rezeki yang Allah kurniakan kepada aku, walau apa2 pun aku sangat enjoy dengan kerjaya aku skrg dan aku x pernah menyesal berada dalam aliran ini.. ::

:: 12 :: Impian aku adalah hidup dalam keadaan yang selesa, aman, tenang dan mempunyai keluarga yang mesra dan bahagia ::

:: 13 :: Waktu bosan aku slalunya buat dua perkara; kuar jalan2 dan suka tgk tv, xkira la movie ker, astro ker, discovery ker, bola ker etc.. ::

:: 14 :: Ramai org beranggapan aku ni suka baca buku, itu sbb aku jadi Librarian..hehehhe...sebenarnya salah tanggapan tur, aku ni x minat la membaca, aku suka baca pun kalo bahan itu berbentuk majalah yang ada byk2 gambar mcm Impiana, Anjung Seri, Pengantin, Motokar, Mototrader, apa lagi ek? huhuhu ::

:: 15 :: Aku ni kira Internet Addict, kalo sehari x sentuh laptop @ pc aku akan menggeletar, mcm kena sawan, aku bukannya Blogger yang aktif pun, cuma aku ni suka nak check news, emel, etc..

:: 16 :: Satu tabiat aku bila bagi Talk, Lecture, Presentation atau ceramah (dari sekolah dulu sampai la skrg ni), aku akan slalu sebut atau byk kali sebut satu perkataan iaitu 'OK'.. dulu member sanggup kira berapa kali aku akan sebut 'OK' bila aku bg presentation, ada yang pernah kira aku sebut 'OK' lebih dalam 100 kali dalam satu presentation..errgghhh... hehehe.. ::


Itu la 16 perkara yg aku bole come out tentang diri aku, ini pun sebahagian jer, kalo nak tau semua atau nak tau lebih dekat tentang aku, kena la jadi kawan yang baik & ikhlas, hehehe.. apa2 pun kelemahan aku tidak dinafikan, aku cuba perbaiki dari masa ke semasa, aku sebagai insan dhoif tidaklah sempurna, aku dari hari ke hari aku memegang satu pirinsip iaitu "hari ini aku akan pastikan lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih lebih baik dari hari ini, dan seterusnya.." Wallahu a'lam..

8 comments:

ila nursalida said...

there you are ikhwan..terjawab jugak tag aku..n i am the first comment on our tag..

ikhwan, kenapa ko sekolah dari darrjah satu sampai tiga kat gombak setia? sebab itu sekolah aku..tapi aku rase aku tak pernah kenal ko...

dan ko balik ke ipoh?aku jugak di ipoh..tapi kg mak aku ler..heh!aku tak pernah menepat di sana pun

aku impress!!!

ikhwanismail said...

eh bukan smpai darjah tiga la, smpai darjah lima la..

aku kelas 1A6 sampai 5A6..ko pulak? entah2 ko ni pernah ngorat aku dulu tak? hehehe..

Ipoh umah famili aku la.. kan aku org Ipoh, eh kampung mak ko katner? nnt mai umah aku ok??

ila nursalida said...

ipoh umah mak cik aku kat chemor (kitorg selalu balik situ ler) umah arwah atok aku kat tasik...kg mak aku kat parit...

gombak setia aku dari darjah satu sampai darjah 6.kelas 1A1 sampai 4A1. darjah 5 ngan 6, 5A11 ngan 6A11(kelas 1st nih) hahaha!
ko tau tak fatimah ali (atim)pun s.k gombak setia gak...tapi dia sekolah ptg aku sekolah pagi.kalau ko 1A6, mesti sekolah petang kan...

ikhwanismail said...

a'ah betul la tur, aku sekolah ptg x sama ngan ko kan? aku xsempat nak masuk kelas 1st tur sbb aku dah pindah ke ipoh..

aku tau jugak Tim skolah kita gak, tapi aku x ingat dia, dia kelas lain dr aku..

Kita dulu mesti pernah terserempak kan? hehehe..

ila nursalida said...

tak sangkalah kita serumpun rupenye

iz-rul said...

kate minat arsenal tapi gambar arsenal x dak pun,x exteme langsung

iz-rul said...

apa yang best kat penang,kat sane awek cun2 x?kalau ada pas la kat sini sa2.............

ikhwanismail said...

Aiikkk nak ker letak gmbar Arsenal..
ok2 nnt aku letak ok?

Penang? awek cun la jugak, byk anak mami, hehehe... mai la Penang beb..

eh saper iz-rul??