Wednesday, April 29, 2009

:: Kelas Bulan Mei 2009 :: Fatihah Cake House ::




Anda click sahaja Link ini untuk maklumat lanjut..

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi :
KAK ANI : 013-5042815 / 012-5977508
ENCIK ISMAIL: 013-5131006
Atau ke alamat berikut :
FATIHAH CAKE HOUSE
25,Persiaran Zarib 1,
Taman Pinji Mewah,
Lahat, (IPOH)
Perak.

Saturday, April 18, 2009

:: Tribute to Allahyarhamah Cik Hjh Shahar Banun Jaafar ::

:: Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. tepat pada 3:47 pm 11 April 2009, aku telah menerima satu message dari Kak Bihah Classmate aku waktu aku amik master dulu yang berbunyi "Salam. Cik Shahar Banun meninggal pg td".. Aku terkejut dengan khabar berikut kerana setahu aku Cik Shahar org yang aktif dan sihat.. tetapi Allah lebih sygkan Arwah dan telah kembali ke rahmahNya.. aku dikhabarkan Arwah sakit asma, wallahu a'lam.. semoga Arwah dicucuri rahmah ::



:: Arwah tiga dari kiri di depan sekali :: Di rumah terbuka Arwah sempena AidilFitri ::

:: Saperkah Allahyarhamah Cik Shahar ni? Arwah merupakan pensyarah di Library & Information Science Department, Kulliyyah ICT, IIUM (UIAM)... Arwah mengajar beberapa subjek, Arwah telah mengajar aku dalam subjek MANAGEMENT OF AUTOMATED SYSTEMS & INFORMATION RESOURCES DEVELOPMENT.. ::

:: Arwah mempunyai hampir 7 master dan post diploma, Arwah cukup rajin menimba ilmu.. selain mempunyai Master dalam bidang library science, Arwah mempunyai Master in Business Administration, Diploma of Computer Studies, Post Graduate Diploma of Total Quality Management etc.. Arwah memang mahir dalam pengurusan mengautomasikan perpustakaan, termasuklah perancangan dan strategi pengurusan yang baik.. Arwah juga mahir dalam bidang pengurusan institusi maklumat, seperti contoh mewujudkan institusi maklumat yang khusus kepada tokoh dan subjek.. Arwah cukup arif dalam bidang pembangunan perpustakaan dari segi pengurusan dan pengurusan kualiti, anda boleh mengetahui lebih details di link ini... ::

:: Sebelum Arwah menyertai UIAM sebagai pensyarah, Arwah merupakan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Arwah merupakan pioneer yang membangunkan perpustakaan di negara kita ni, Arwah antara pustakawan yang terawal di malaysia ni yang telah memberi banyak sumbangan dalam pembangunan Perpustakaan Negara Malaysia.. Arwah telah berkhidmat di Perpustakaan Negara Malaysia dari tahun 1973 hinggalah 2001.. Arwah seorang yang begitu tegas dalam kerjanya, sewaktu aku praktikal di Perpustakaan Negara pada 2007 dulu, ada seorang senior pustakawan menceritakan bagaimana cara Arwah bekerja, beliau memberitahu, Arwah merupakan seorang yang begitu tegas dalam kerjanya sampai staf Arwah kecut perut jika Arwah dapat tahu ada stafnya membuat kesalahan.. Arwah pernah menghalau pegawai di bawahnya ketika interview kenaikan pangkat hanya kerana pegawai tersebut tidak pandai bercakap dalam bahasa Inggeris.. Arwah memang menekankan bahasa inggeris selepas bahasa Melayu.. Tidak mustahil la Arwah bole berjaya dan menjawat jawatan tertinggi di Perpustakaan Negara Malaysia.. dalam kelas, Arwah merupakan seorang yang begitu baik dan tegas juga, Arwah sentiasa mengajar menggunakan slide power point, yang paling aku ingat, Arwah nak kami buat kerja mesti colourful, mcm cth buat slide dan mind map.. Arwah sentiasa memberi pendapat dan galakan kepada kami semua yang kini kami semua 100% telah menjadi Pustakawan yang kini ada di USM, UIA, UKM, USIM, PNM & byk lagi organisasi yang besar2 belaka.. kita sama2 la mendoakan semoga Arwah berada di tempat org2 yang soleh dan solehah, Amin...... ::

Tuesday, April 14, 2009

:: 13/4/2009 : Alhamdulillah Dah 3 Tahun Rupanya ::

:: "Alhamdulillah" aku ungkapkan bila terdetiknya jarum jam menunjukkan pukul 12 tghmlm pada 13/4/2009.. menunjukkan sudah 3 tahun perkenalan aku dengan Fiza, tunangku.. errmmm perkenalan aku dengan tunang aku ni dengan ber'sms' pada mulanya.. mula2 berkenalan, then berkawan, then berkawan dengan lebih rapat, then... kisah yg lebih details akan ku ceritakan pada hari perkahwinan kami nanti, insyaAllah.. post kali ini adalah menghargai perhubungan kami berdua.. ::
:: Di bawah ni, sebahagian gambar2 dari mula kami berkawan hingga lah yg terbaru, errmm ni skit jer gambarnya, just amik mana yg sempat, hehehe.. ::
:: 1st 'date' kami.. aku curi2 tangkap gambar.. (aku malu lagi time tur.. hehehe) ::
:: 1st date jumpa kat Ampang, time tur Fiza practical kat Ampang Putri Hospital ::

:: 2nd date pun still curi2 tgkap gambar Fiza ni ::


:: ni kat kedai mamak area Ampang Point ::

:: 3rd date, baru amik dia kat hospital, time ni aku agak berani tgkap gmbar Fiza, kui kui ::

:: 4th date kuar jln kat kl, ni kat MPH.. kami kalo kuar mesti singgah kat MPH @ BORDERS ::

:: 5th date.. ni kuar jln2 kat Seremban ::

:: 6th date ni.. ::

:: 7th date ni kat area PJ, Fiza time ni practical kat Damansara Hospital ::

:: 8th date.. ni kat area Petaling Street ::

:: Gambar waktu muda2.. ::

:: Study kat Putri Nursing College ::

:: Practical kat Tawakal Hospital ::

:: Dinner ::

:: Dalam kelas ::

:: errrmmm ::

:: kat umah Fiza di Subang.. Fiza mms semua gambar ni ::

:: Time ni kat JAKEL, beli kain untuk hantaran pertunangan kami.. ::

:: Time majlis pertunangan ::

:: Pakai contact lense ::

:: Kat hospital dia.. VIP Wad, KPJ Selangor Medical Centre, Shah Alam ::

:: Alhamdulillah... syukur sgt2, terima kasih Fiza ::

:: Semoga Allah memberkati perhubungan kami ini sehingga akhir hayat ::
:: Alhamdulillah Dah 3 Tahun Rupanya ::

Sunday, April 12, 2009

:: LOKEN? Apa Mender Tur...?? ::

:: Haaaa LOKEN? apa mender tur? errmmm sebelum aku citer pasal LOKEN, aku nak citer psl rumah baru famili aku di IPOH, alhamdulillah awal March lepas, famili aku telah berpindah ke rumah baru, actually masa perpindahan rumah baru ni sama masanya aku pindah ke rumah baru kat Penang ni, alhamdulillah.. kini famili aku dah ada rumah yang tetap.. (sebelum ni sewa menyewa).. ::
:: Pada minggu pertama setelah berpindah ke rumah baru, famili aku telah menjemput ahli2 jamaah surau Taman Pinji Mewah ke rumah aku utk makan2.. hampir 40 org yang hadir, tq very much..!! ::

:: Para jamaah makan di ruang tamu ::

:: Serba baru di ruang tamu ::

:: Jamaah muslimah makan di Dining Hall ::

:: Jamaah muslimah sedang bersembang2 selepas makan ::

:: Inin Cik Tun dan anaknya Bashirah Jiran aku.. errmmm aku nak citer skit psl Bashirah ni, matanya rabun teruk, senang citer Bashirah hampir buta, skrg ni dia bersekolah di Bukit Mertajam di sekolah khas, Bashirah ni aku sayang sgt sbb dia sgt baik dan bijak, alhamdulillah dia kini sedang menghafaz al-quran dan yang menariknya dia pandai membaca quran.. haa baca quran sedangkan matanya x nampak kan? yaa.. dia bole baca quran dengan baik sekali sehingga dia pernah menang musabaqah tilawah quran, dia membaca Quran Braille.. cukup bertuah dan memilik keistimewaan yang cukup istimewa yang dikurniakan Allah kepadanya.. yang paling menarik, jika aku berjumpa dengan Bashirah ni, aku slalu menguji Bashirah.. aku cuba buat2 suara org lain dan bertanya kepada Bashirah "Bashirah tau tak saper ni?" Bashirah terus menjawab "Alaa Abg Ikhwan".. dia dapat mengecam aku walaupun dah lama x jumpa dan kdg2 tur dia mmg xtau yg aku balik Ipoh.. ::

:: Ruang legar ruang tamu pada waktu malam ::
:: Yeaaaaahhh LOKEN ooohhh LOKEN.. apa mender tur? ok LOKEN actually tempat menjual barang2 terpakai dan kebanyakannya antik dan berwarisan.. LOKEN ni just ada pada setiap pagi hari AHAD.. senang kata MACAM-MACAM ADA... ::

:: Hari tur aku gi dengan adik tembam aku; Fatihah.. kedai ni nyonya ni jual brg2 terpakai mcm Jam Loceng Besar, Radio lama, etc ::

:: "Encik nak apa?? Nak beli kasut ada, TV ada, AMP ada, semua ada... meh2" ::

:: Anda mahukan kipas? kipas duduk ada, kipas diri ada, kipas blower ada, kipas siling ada, semua jenis kipas ada, kipas kertas pun ada.. ::

:: Haaaa brother ni jual minyak DHOB, biawak padang pasir.. nak beli? beli la..banyak mujarabnya ni termasuk la baik utk mlm pertama.. eh aku xbeli pun lagi, mungkin beli kot nnt.. hehehe.. ::

:: Waaaahh mcm2 barang2 antik ada kat LOKEN ni, kan kita tau brg2 antik kebanyakannya dibuat daripada tembaga, so brg2 kat sini agak mahal tapi value dia mmg sepadan.. yang uniknya LOKEN ni, benda yang tak terdapat di kedai biasa, kita akan jumpanya di LOKEN ni.. ::

:: "Hello sayang... sayang rindu abg x?" errmmm ini telefonantik yang original, bukan replika tau? memang ori.. errmm kalo x silap aku, LOKEN ni mcm ROCKWALK di Penang, aku x bole nak bandingkan sbb aku xpernah pi lagi ROCKWALK.. i'm sorry..!! ::

:: "Bang,,kipas lama ni nak beli tak? tinggal dua ni jer... ker nak radio antik ni? ni pun tingal ni jer yg ada.. semua ni bole pakai lagi tau?" errrmmm kalo nak tau, org y dtg kat LOKEN ni sanggup beli brg2 antik ni walaupun harganya beribu2.. aku berniat nak beli kipas antik ni nanti, tungguuuuuuuu.... ::

:: Cuba korang teka, dalam byk2 brg kat dlm gambar ni, apa yg aku kepingan nak beli dan miliki? aku dh survey lama dah bnda tur, aku survey hr tur kat LOKEN paling murah harganya RM150, itu pun jenis kecik punya.. kalo yg besar harganya sampai mencecah RM500-700.. insyaAllah, aku akan datang balik ke sini utk membeli barang itur.. cuba korang teka apakah brg itu..aku akan blnja kalo tekaan korang tepat..!! ::

Monday, April 6, 2009

:: Tagged by my old fren ::

Ketika aku menulis post ni, aku sedang kejer petang.. biasala kalau kejer petang ni xder apa nak dibuat sgt, just melayan user di library ni dengan bermacam2 soalan.. sementara waktu kosong ni, aku tiba2 teringat kawan lama aku kat UIA dulu, namanya ILA NURSALIDA pernah tag aku kat dalam blog dia.. aku janji nak tulis pasal aku yg berkaitan.. ini instruction dia:



[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]



Aku berterima kasih kat ILA yang ingat kat aku, sanggup tag aku ni, hehehe.. apa2 pun aku akan tulis kat bwh ni 16 perkara yang berkaitan dengan directions tur ok? adakalanya ada kebaikan dalam diri aku dan ada juga kelemahan dalam diri aku, semoga yang baik itu berterusan dan yg lemah itu diperbaiki..



:: 1 :: Aku seorang yang suka menolong kawan yang betul2 menghargai erti sebagai seorang kawan, aku cukup menghargainya kalau kawan itu cukup baik kepada aku, aku sanggup buat apa saja jika seorang kawan itu tahu erti kawan ::



:: 2 :: Aku ni bukanlah extreme sangat pasal BPL tapi aku agak extreme dengan pasukan ARSENAL, aku cukup meminati pasukan ARSENAL dari segi corak permainan, skill dan barisan teenagers ARSENAL.. mungkin ada org kata aku ni bukan org lama as fan ARSENAL.. tapi aku bole katakan kini dan selamanya ARSENAL adalah football team in BPL which i love it forever and ever ::



:: 3 :: aku ni agak sensitif dalam beberapa keadaan especially bila org tak menghargai apa yang kita buat, mcm cth aku dah byk tolong dia tapi dia bole buat derrrrkk bila kita dlm kesusahan.. senang kata senang gembira biarlah sama2, susah seksa pun biarlah sama2.. ::



:: 4 :: Aku membina perhubungan cinta dengan menitik beratkan soal kejujuran dan keikhlasan, alhamdulillah kini aku mempunyai seorang tunang yang bakal menemani hidupku ini adalah seorang yang baik, ikhlas, jujur dan suci hatinya.. alhamdulillah.. (yebeda bedoooo) ::



:: 5 :: Aku suka dan berpuas hati setakat ini dengan keter pertama aku PERSONA 1.6 color Blueberry.. hasil titik peluh aku sendiri, alhamdulillah.. (kadang2 rindukan TIARA di Ipoh) ::



:: 6 :: Aku bersyukur kepada Allah, kini aku telah mempunyai sebuah rumah sendiri hasil titik peluh sendiri (walaupun kecik), beli rumah ini adalah hasrat dan impian aku sejak bulan pertama lagi berhijrah ke Penang ::



:: 7 :: Aku minat DECO rumah, kalo aku ada duit banyak, mcm2 aku nak DECO kat umah aku tur..



:: 8 :: Dulu dan kini aku berbadan agak besar @ gemuk.. aku tau itu MUNGKIN kelemahan aku, tapi teringat kat sekolah aku dulu, dulu aku slalu kena ejek 'badan gemuk otak kecik', then aku kata balik kat org yang ejek aku 'ko tengoklah nnt, org gemuk boleh berjaya..!!' ::



:: 9 :: Dulu kat sekolah aku pengawas sejak darjah tiga sampai darjah lima di SK Gombak Setia, then pindah Ipoh.. masuk sekolah menengah dilantik pengawas dari tingakatan 1 sampai tingkatan 5, aku dilantik sebagai Ketua Umum (KU) atau Ketua Pengawas dari tingakatan 4 hingga 5 (satu penggal).. mcm2 pengalaman waktu jadi KU dulu, mcm2 hal.. aku slalu terpikir adakah aku ini berdisiplin? aku akui kat sekolah dulu aku ni agak berdisiplin tapi xtau la lepas tur.. apa yg penting hidup aku ini cuba sedaya upaya mendisiplinkan diri.. insyaAllah ::



:: 10 :: Kat UIA dulu aku ni kira aktif la jugak berpesatuan dan berjamaah, hehehe.. mcm2 masuk sampai pernah jadi Director Programme, kira saper2 pernah jadi Director tur kira hebat la.. tapi itu semua dulu.. kenangan terindah.. terindah ker?? ::

:: 11 :: Aku sebenarnya tak terpikir nak jadi Librarian, bukan cita2 aku pun, tapi sebab kerana aku x brapa minat nak jadi ustaz, aku memilih jalan untuk mengambil aliran Library n Information Science, itu pun aku mengikut dua org kwn aku yg nak apply master ketika itu iaitu Hafizi dan Syed, apa2 pun itu rezeki yang Allah kurniakan kepada aku, walau apa2 pun aku sangat enjoy dengan kerjaya aku skrg dan aku x pernah menyesal berada dalam aliran ini.. ::

:: 12 :: Impian aku adalah hidup dalam keadaan yang selesa, aman, tenang dan mempunyai keluarga yang mesra dan bahagia ::

:: 13 :: Waktu bosan aku slalunya buat dua perkara; kuar jalan2 dan suka tgk tv, xkira la movie ker, astro ker, discovery ker, bola ker etc.. ::

:: 14 :: Ramai org beranggapan aku ni suka baca buku, itu sbb aku jadi Librarian..hehehhe...sebenarnya salah tanggapan tur, aku ni x minat la membaca, aku suka baca pun kalo bahan itu berbentuk majalah yang ada byk2 gambar mcm Impiana, Anjung Seri, Pengantin, Motokar, Mototrader, apa lagi ek? huhuhu ::

:: 15 :: Aku ni kira Internet Addict, kalo sehari x sentuh laptop @ pc aku akan menggeletar, mcm kena sawan, aku bukannya Blogger yang aktif pun, cuma aku ni suka nak check news, emel, etc..

:: 16 :: Satu tabiat aku bila bagi Talk, Lecture, Presentation atau ceramah (dari sekolah dulu sampai la skrg ni), aku akan slalu sebut atau byk kali sebut satu perkataan iaitu 'OK'.. dulu member sanggup kira berapa kali aku akan sebut 'OK' bila aku bg presentation, ada yang pernah kira aku sebut 'OK' lebih dalam 100 kali dalam satu presentation..errgghhh... hehehe.. ::


Itu la 16 perkara yg aku bole come out tentang diri aku, ini pun sebahagian jer, kalo nak tau semua atau nak tau lebih dekat tentang aku, kena la jadi kawan yang baik & ikhlas, hehehe.. apa2 pun kelemahan aku tidak dinafikan, aku cuba perbaiki dari masa ke semasa, aku sebagai insan dhoif tidaklah sempurna, aku dari hari ke hari aku memegang satu pirinsip iaitu "hari ini aku akan pastikan lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih lebih baik dari hari ini, dan seterusnya.." Wallahu a'lam..

Sunday, April 5, 2009

:: UTP Library .. nice and futuristic design ::

:: Last month aku dan beberapa lagi librarian dari USM telah menghadiri Mesyuarat Persatuan Pustakawan Malaysia Wilayah Utara di Perpustakaan Awam Perak, Ipoh.. ::
:: Actually, ini adalah ala2 mesyuarat agung PPM Wilayah Utara ni, mula2 kami tersilap ke venue mesyuarat ni, kami mula2 pi ke Perpustakaan Tun Razak tapi venue sebenar kat Perpustakaan Awam kat depan rumah MB Perak.. ::
:: Aiikkk bro ni duk msg2 la pulak dalam mesyuarat, hehehe.. siap sengih2 lagi tur ::

:: Pengerusi Mesyuarat sedang berucap iaitu Ketua Pustakawan, Perpustakaan Awam Kedah ::

:: Aku kegumbiraan tetapi ada juga yang kesepian, hehehehe.. ::

:: Lepas jer meeting, kami ada lawatan ke UTP Library.. tapi sebelum tur singgah sebentar ke umah aku di Ipoh..yang join iaitu Shahriza, A. Basheer, Tuan Sira, Jem, Puan Siti Roudhah n Puan Yusliza ::
:: A. Basheer sedang sleepy... ::

:: Tuan Sira yang always control ayu di atas sofa set umah aku [sofa set tur berumur lebih 10 thn] ...ayu ker?? ::

:: Mak aku tengah interview Jem yang dah berbadan dua itew... ::

:: Puan Siti n Puan Yus sedang melihat suasana kawasan umah aku ::

:: This is my first time visit UTP Library ::
:: Aku berada di depan pintu masuk UTP Library ::

:: Pandangan dari luar UTP Library ::

:: Aku duk kat depan Circulation Counter.. yang menariknya kat UTP Library ni adalah interior design-nya.. tengok la rack dia..fuuuhhh GAYAT aku..!!

:: Kat dalam Mini Auditorium.. aku harap USM library nnt ada Mini Auditorium mcm ni... ::

:: Khusyuk mendengar tapi A. BAsheer ??? ::

:: Lift Transparent UTP Library ::

:: Potential Best Super Librarians ::

:: Sejuk jer hati... cerahnya minda... seronoknya ke perpustakaan !! ::

:: A. Basheer pandai meng-cover.. nice pic, A. Besheer berdiri megah di dalam UTP Library ::

:: Mungkin kah aku akan kerja di sini? Wallahu a'lam ::

:: Librarian @ Assistant Manager UTP Library tengah bagi briefing ::

:: Macam biasa..control ayuuuuuuuu... Tuan Sira sedang membelek majalah yang diletakkan di rak majalah terkini ::

:: Nice n simple Singnage ::

:: Signage di setiap rak buku.. flexible pulak tur ::

:: Gambar ni aku bukannya nak focus kat kwn aku sorang ni; Jem atau pustakawan yang lain ni.. tapi aku nak korang tgk tangga kat dalam UTP Library ni.. cuba bayangkan korang duk bwh tangga dan lepas tur....ish ish.. aku harap xder saper amik kesempatan, hehehehe.. ::

:: IT Zone.. terbuka dan bebas tapi senyap dan terkawal ::

:: Gambar bukti aku datang visit ke UTP Library ::

:: Gambar ni pun aku xnak focus kat Tuan Sira sebenarnya tetapi rak buku kat dalam UTP Library ni, cantik la jugak.. tapi gayat bila tgk kat celah2 lubang kat bawah rak2 tur.. ::

:: Dalam one of discussion rooms kat UTP Library ni, nice la.. selesa la jugak..

:: "Bro.. dont dont dont..!!" ::

:: Ok x? bole x apply kat USM Library ? ::