Tuesday, May 19, 2009

:: Selamat Hari Guru & BBQ Kat Rumah ?? ::

:: Selamat Hari Guru ::
Teringat dulu kat sekolah bila ada satu hari guru dulu, kami bersama2 anjuran MPMI dan pengawas buat satu kain rentang yg besar dan kami semua pelajar Madrasah Idirisiah ketika itu perlu sign menyatakan kami sayang pada cikgu dan mengucapkan Selamat Hari Guru..
Di sini aku rasa belum terlambat aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Guru2 ku di tadika smpai la skrg ni.. aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada Guru yang pernah mengajar aku di
:: Tadika Berjaya, Taman Selaseh, Gombak ::
:: Sekolah Agama Ar-Rasyidin, Gombak ::
:: Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Gombak ::
:: Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta, Ipoh ::
:: Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar ::
:: Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya ::
:: Main Campus UIAM, Gombak ::


:: Ini gambar aku ketika di Tingakat 5.. Guru kelas ketika itu, Ustazah Hasnida
(my cool ustazah) ::
---------------------------------------------------------------------
:: BBQ kat rumah?? boleh ker beb? bukan ker duk apartment?? ::
Eh boleh la, baru2 ni aku wat soft launch alatan mini BBQ aku kat umah, aku try wat BBQ ayam.. ermmmm nyummy.. bole la, tapi kalo x control api kat dapur gas tur, berasap satu rumah, tapi kira cool la sbb bole wat BBQ kat umah sendiri, yang bestnya xder guna minyak.. insyaAllah lepas ni nak panggil member2 dtg umah wat BBQ.. BBQ kat rumah?? bole punyaaaa..
:: Perap la dulu ayam tur dgn Sos BBQ (aku beli kat TESCO jer sos tur) ::
:: Aku letak ayam dalam bnda tur, dan panggang atas kuali khas yg mmg utk dapur gas..
p/s: jgnlah plk panggang direct atas api dapur gas, nnt x jadi ::

:: Panggang ikut la api besar atau kecil, tapi kena pandai2 la, kalo api terlalu besar, berasap lebih nnt.. ::

:: Senang, mudah & sedap (tapi sedap lagi panggang atas arang) ::

:: Ini lah hasilnya yg x seberapa, janji rasa dia mmg mcm BBQ beb... ::

Thursday, May 14, 2009

:: Bezday Tunang & New Stuffs ::

:: Hepi Bezday To u... Allah Selamatkan Kamu.. ::
:: 27 April yg lepas adalah tarikh hari lahir tunang aku.. Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada tunagku yang tercinta.. semoga Allah merahmati dan memberkati hidup tunangku ini di dunia dan di akhirat.. amin.. ::

:: Chocolate Indulgence ::

:: Hari tur aku pi DownTown Cheras, aku tempah hadiah Plat Kaca ::

:: Simple tapi Berharga ::

:: Actually first time la aku tgk Plat Kaca sebegini.. xtau la kalo ada kat tempat lain kan? ::

:: Bezday Girl ::

:: Dalam Plat tur aku letak gambar kami waktu majlis pertunangan dulu ::

:: Aku hr tur pi KL naik FireFly, then balik ke Penang naik Bas AeroLine.. best gak naik bas ni, selesa habis, mcm dlm kapal terbang la jugak ::

:: Bole tgk movie n dgr muzik n radio, setiap passenger dapat satu HeadPhone ni.. ::

:: Ni santapan dalam bas yg disediakan ::

:: Ada gak dia bagi Hot Drinks ::
:: Baru2 ni aku beli font untuk keter aku.. aku buh 'Ewanz'.. :: ok x?
:: Asalnya ada '1.6', tapi dah tercabut, aku buh la font baru ni ::
:: Umah aku skrg semua tingkap dh ada langsir (beli kat Langkawi), aku memilih concept modern classic.. Langsir di ruang tamu aku pilih warna langsir yg gelap skit dan bole tembus cahaya.. ::

:: Haaaa kali ni, mulai saat ini, detik ini, bulan ini, aku start beli majalah Apartment, Anjung Seri, Reka & Impiana... WOW!! (aku memaksa diri membaca sdgkan aku xminat membaca) .. Majalah Aparment paling best, sesuai utk aku yg duk kat Apartment (Umah Kecik) ::

:: Aku beli lampu rak buku kat IKEA utk bagi nampak eksklusif rak buku aku (byk buku tapi x baca pun), dan juga kain nipis (apa nama ntah) aku letakkan antara ruang dapur dan ruang tamu ::

Monday, May 11, 2009

:: New Gadget : PlayStation 2 ::


:: Assalamualaikum... New Gadget?? PS2? hahahaha..

Ikhwan... Ikhwan... baru nak beli ker? org dah lama dah main PS2 ni, huhuhu...

Yup, mmg aku baru jer beli, hehehe... actually ini adalah gadget terbaru aku yg baru jer aku beli, asalnya nak beli PlayStation 3 tapi tak mampu la, lagi pun PS3 guna Blu-ray Disc so skrg ni mahal lagi, satu Blu-ray Disc harga dia smpai RM100 lebih, so x mampu la aku, hehehe.. so mungkin akan datang la..
Aku selalu main PS2 ni kat umah sedare2 aku jer, so berkenan pun ada, aku lambat beli ni sbb sebelum ni bukan keperluan pun utk aku beli, tapi skrg mungkin keperluan sbb PS2 ni adalah keperluan aku bila aku boring duk kat mahligai aku tur, hehehe.. utk pengetahuan PS2 dah murah dah, aku beli bawah RM500, skrg ni dh murah, siap dgn set controller ori dan memory card.. apa2 pun harap PS2 ni tak melalaikan aku... (aku rasa lalai gak ni, hehehe)

:: PlayStation 3 ... gambar dia cantik betul, mmg puas hati main, mmg mengGILER la..!! ::

:: Ini lah PlayStation 2 aku, gadget ni dah jadi gadget yang mesti ada kat setiap rumah di metropolitan, mcm kat KL.. ::

:: Aku letakkan gadget aku ni kat rak tv, bersebelahan dengan Decoder Astro (ok x tempat tur wahai interior designers aku sekalian?) ::

:: Haaaa.. ini game yang aku tgh main skrg: "X-MEN ORIGINS: WOLVERINE".. skrg ni aku dah sampai kat da middle of adventurous, hehehehe ::

Sunday, May 10, 2009

:: Selamat Hari Ibu ::

:: Selamat Hari Ibu kepada Puan Wan Khatijah Nurul Aini Bt Wan Mohd Noor ::
--------------------------------------------------------------------------------
:: Terima kasih kerana menjaga Ikhwan selama ini, mendidik Ikhwan, memastikan Ikhwan tak pernah lapar, mengubati diri Ikhwan bila Ikhwan sakit, sabar dengan perangai Ikhwan, bersama Ikhwan susah dan senang, selalu berdoa untuk Ikhwan berjaya, memberi kasih sayang kepada Ikhwan, tak jemu dengan Ikhwan, membelai Ikhwan, berkorban untuk Ikhwan, etc ::
--------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih segalanya dan Ikhwan cukup menghargainya ma..
--------------------------------------------------------------------------------
Ikhwan juga ingin mengucapkan kepada semua Ibu Saudara Ikhwan sebelah Terengganu dan Kedah.. juga kepada bakal mak mertuaku, mak2 angkat seperti Mama Ru, Mama Saemah, Mama di Pantai Damat, etc..
--------------------------------------------------------------------------------
:: Ini lah mama.. ibuku ::

:: Adikku Fatihah buat kad khas untuk ma sempena Hari Ibu ::

:: Hand Made.. simple tapi penuh bererti ::

:: LOVE U MAMA ! ::

:: Kek Happy Mother's Day ::

Thursday, May 7, 2009

:: Arrogant Stupid Person ::

:: Assalamualaikum... ::
Waaahh new title kali ni "arrogant stupid person"..
Aku ingin berkongsi cerita, pengalaman, kisah dan realiti kehidupan kita sebagai hamba Allah di bumi ini.. sebelum tur, aku ingin bercerita di sini adalah ingatan dan pedoman untuk aku dan saudara2 seIslam aku di luar sana...
--------------------------------------------------------------------------------
Aku ingin bercerita tentang orang2 yang 'arrogant stupid person' atau kata lembutnya 'brainless arrogant' atau dengan kata kasarnya 'arrogant stupid fools' (Tq my officemate yang bg term2 ni).. dalam bahasa melayunya 'Bodoh Sombong'..
--------------------------------------------------------------------------------
Banyak kategori org yang 'Bodoh Sombong' ni.. antaranya org yang suka beli brg mewah dan mahal2 tapi xder duit sebenarnya, dah la blajar lagi tapi nak pakai brg mahal2, pastur duit tur bukannya dari dia, tapi dari mak bapak dia, kan menyusahkan mak bapak tur, then mak dia ni pulak kena pinjam duit kat org lain semata2 nak melayani nafsu anak dia tur.. aiseyy, nape la berperangai mcm tur, sedarlah skit ko tur bukan la byk duit sgt, kena la berjimat, pastur nak pakai keter mcm org lain, kalo keter tur beli atas nama sendiri mmg x bole dah, nak pakai nama mak bapak mmg tak layak dah sbb dah lebih umur, pastur mak bapak pi pulak jumpa org lain mintak guna nama depa, ish ish... aku x kisah kalo nak pakai keter tapi jgn menyusahkan org lain dan berlagak pulak kat org lain, ish ish...
--------------------------------------------------------------------------------
Kategori lain pulak utk org yang 'Bodoh Sombong' ni bila org tur melatah bila kena tegur, ish ish.. kalo dah kena tegur tur, kita kena terima jer la sbb itu adalah utk kebaikan kita, apatah lagi teguran itu yg berkaitan dgn hukum hakam Islam, ooo sensitif tur.. cthnya, ada org tegur tak pakai tudung, menampakkan aurat.. so bila ditegur, terima ajer la.. janganlah melatah.. yang paling buruk skali bila burukkan balik org yg menegur tur, ish ish.. 'Bodoh Sombong'nya la.. tak kisah org tegur mcmana kita ni walaupun teguran itu perit, kdg2 tur kita kena menerimanya dgn hati terbuka.. yang penting jgn melatah, kalo melatah maksudnya kita ni bersalah, mcm org slalu kata Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..
--------------------------------------------------------------------------------
Kategori lain yang bole dikaitkan dengan org yang 'Bodoh Sombong' bila org itu membenarkan bnda2 yang salah dari kaca mata etika kehidupan dan agama kita sendiri iaitu agama Islam.. dengan selambanya menzahirkan benda/perkara yang salah kat Public.. ooooo salah tur, dengan bangganya menzahirkan dan menunjukkan benda yang salah, eh bangga ker wat mcm tur? kalo bangga dan suka menunjuk tur maksudnya 'Bodoh Sombong' la tur, huhuhu...
Kategori ni lagi dasyat, sanggup melakukan perkara yang haram semata2 utk diri sendiri, cthnya mencuri.. mencuri satu2 brg tur kerana x mampu beli brg tersebut.. then pakai brg tur tujuannya nak menunjuk yang dia pun ada brg tur, sdgkan brg tur bukan hak milik dia.. wahhh beraninya.. org tak nampak tapi Allah nampak tau? huhuhu..
--------------------------------------------------------------------------------
Bagi aku la, kita bersyukur la dengan apa yg kita ada dalam dunia ni, cukuplah kalo ada seringgit jer utk mkn dlm satu hari, baik pinjam dari mencuri, baik pakai apa yg ada dari menggadaikan maruah smata2 nak pakai bnda yang kita sndiri tak mampu, baik mendiamkan diri dari melatah terkezut x tentu arah, baik redha dengan seadanya dari memburukkan org, baik bersyukur ke hadrat Allah dari membuat perkara2 yang salah di sisiNya..
--------------------------------------------------------------------------------
INGATAN: APA YANG AKU TULIS INI ADALAH UNTUK DIRI AKU SENDIRI DAN JUGA SEDARE MARE SEISLAM AKU DI LUAR SANA.. KALO TERASA, KITA SAMA2 BERUBAH DEMI MARUAH, BANGSA, NEGARA DAN AGAMA..
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI..