Friday, July 17, 2009

:: Servis Persona Ku ::

Hi..
Ketika aku wat post ni, aku kat proton servis di Jalan Sg. Perak, Penang...
Aku hntr Persona aku servis 15,000 km..
Nasib baik la ada internet kat sini, so sementra nk tunggu Persona aku siap, aku surf jer la internet kat sini..

Bila aku layari internet ni, aku kdg2 rasa rindu kat seseorang.. jauh pulak tur kalo nak pi jumpa si Dia.. tak sabar rasanya nak jumpa dia next month, skrg ni dah la bz dgn kejer kat opis, mcm2 program yg muncul..

Setiap hari aku cuba muhasabah diri aku untuk menjadi yang terbaik, tak semua kita bole puaskan hati org, Allah pun ada bersabda mafhumnya kita tak bole ubah org lain melainkan kita ubah diri kita sendiri.. setiap diri kita ni tak akan bole jadi perfect, tetapi kita mesti tanamkan kat diri kita mesti dan hendak menjadi perfect, maksud aku perfect tur lebih kepada menjadi diri yang soleh, insan kamil yang berjaya dan terbaik.. bagi aku, aku cuba hendak buat yg terbaik, tetapi mungkin ada dikalangan org di luar sana rasa apa yg kita buat itu tidak melambangkan usaha kita itu, somtimes i felt i was a looser person for them, but i always try to be a best for them..

Apa beza kita secara individu dengan org lain? semua berbeza, tak akan boleh sama.. mcm ID kita semua berbeza antara satu sama lain, so kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing2.. apa yg aku sendiri boleh lakukan adalah sentiasa mencuba menjadi yang terbaik demi Allah, Rasulullah dan Islam.. Aku cuba menjadi seorang yang setia pada agamaku, bangsaku, keluargaku dan juga seseorang yang bakal temani hidupku..


Setiap hari aku dibelenggu kerisauan akan semua benda seperti kerja, karier, perhubungan dan ibadatku.. so aku selalu berdoa kepada Allah agar semua dugaan dan rintangan serta kerisauan aku akan dapat diatasi dengan keizinan Allah, kdg2 aku rasa tewas dengan kebelengguan ini, kdg2 rasa dan give up sampai xtau nak wat apa, cuma yang aku bole berdoa kepada Allah semoga Allah memberi petunjuk kepada bukan sahaja aku tetapi kepada semua org yang berada di sekeliling aku, aku pasrah padaMu ya Allah..


Bismillah

Ya Allah

Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Berikanlah aku kekuatan dalam hidupku

Berikanlah aku kekuatan sepertimana Rasulullah menghadapi banyak peperangan demi menegakkan agamaMu Ya Allah..

3 comments:

Unknown said...

Aku rasalah, memang sudah tiba masanya kau segera berumah tanggalah bro!

Anonymous said...

kawen la cepat, dh jemu tunang dh tu

ikhwanismail said...

aisshhh..hehehe insyaAllah.. amin..