Wednesday, September 3, 2008

:: USM BERJAYA DIPILIH SERTAI PROGRAM APEX ::

:: Tarnsforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow ::
PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama

1 comments:

Femin Susan said...

Your blog looks awesome with photos. I wonder if I had a blog like yours.
Do you have any other blog? So I can visit it. Meet me at my blog
http://www.poems-of-nature.blogspot.com/