Sunday, April 13, 2008

:: Round Around Penang ::

:: Aku di Masjid Kapitan Keling ::


13th April 2006 adalah tarikh yang begitu sejarah bagi aku kerana pada tarikh inilah aku berkenalan dengan seseorang yang begitu berharga dalam hidup aku. Dia telah menggembirakan hatiku ini dan pada tarikh 13th April 2008 maka genaplah dua tahun kami berkenalan.

Dan pada 13th April 2008 bersamaan hari ahad, nina (my officemate) ajak aku pegi jln2 round Penang. Nana pun ada sekali..

Destinasi pertama kami ialah Rumah Kelahiran P. Ramlee. Memang best kat sana sbb byk sejarah yang aku tau pasal P. Ramlee, especially sekali barang2 yang pernah digunakan oleh P. Ramlee sendiri.

Destinasi kedua, kami telah singgah di Masjid Kapitan Keling, merupakan masjid bersejarah di Pulau Pinang. Masjid tersebut sangat cantik dihiasi bahan2 sejarah seperti telaga tua dan meriam.

Destinasi ketiga, kami telah singgah sebentar di Padang Kota Lama. Kami kecewa kerana dalam Padang Kota Lama tidak dibuka pada hari tur, kami tak dapat masuk, huhuhuwaaaaaaaaaaa..

Destinasi keempat, kami pergi ke Penang Butterfly Farm. Kami tak masuk sbb entrance fee mahal la RM10. Apatah lagi aku tak minat sgt rama2 nie. Tapi aku minat lagu Rama2yang dinyanyikan oleh ELLA jer..hehehe..

Destinasi kelima, kami telah pergi ke Taman Rimba Pulau Pinang. Actually Taman Rimba nie hutan lipur. Tak der la menarik sgt tempat nie tapi OK la..

Destinasi keenam, kami pi singgah tepi pantai Batu Feringgi..tgk permandangan tepi pantai yang cantik.

Destinasi ketujuh, Laksa janggus di Balik Pulau. Kami telah melantak Laksa dan Ais Kacang Aiskrim. Sedap giler..

Destinasi kelapan, kami telah bershopping di tempat kegemaran orang ramai di Pulau Pinang iaitu Tesco..!!hehehe..




2 comments:

Anonymous said...

hu tak abis-abis dengan laksa janggus lagi ker? haha memang sedap..teringin plak, lama tak lantak

ikhwanismail said...

sedap tau..apatah lagi ABC nya yg laziz..
jom kita pi bila2 hang free...