Tuesday, August 19, 2008

:: Selamat Tinggal Tiara Ku ::

:: Selamat Tinggal Tiara Ku ::
Proton Tiara adalah kereta pertama ku yang diamanahkan oleh my parent untuk dijaga sejak tahun 2003 (kalau tak silap). Kini setelah 6 tahun aku telah menjaga dan membelai sertai mencintai Tiara ini dengan sepenuh jiwa, bulan Ogos 2008 aku terpaksa kembalikan kepada my parent dan meninggalkan dikau Tiara ku buat selama2nya.
Aku tidak berniat nak menduakan dikau tetapi jodoh kita tidak lama..dikau perlu kembali kepada tuan asalmu iaitu my mom.
.
Aku tak akan lupakan kenangan kita bersama, susah dan senang kita bersama. Aku masih ingat dikau selalu naik panas (overheating) sehinggakan aku naik fade up, akhirnya aku ubati dikau dengan menggantikan penyejuk untuk dikau.
Rangka kaki (drive sharf) dikau pun selalu bermasalah, aku tidak jemu2 mengubati dikau..mcm2 jenis aku cari ubat dikau..ada yang dari Taiwan dan ada yang China..aku ingin meminta maaf kerana tidak mampu nak mengubati dikau dengan ubat buatan Perancis sebab terlalu mahal harganya..
Aku tahu dikau merajuk tatkala aku menghantar dikau hari tur..ada saja yang sakit..kenapa sewaktu aku hendak menghantar dikau saluran darahmu bocor (hos radiator)?..aku terpaksa berhenti 3-4 kali di R&R semata2 ingin menampal plaster lukamu itu.. aku tahu dikau merajuk tetapi dikau kena tahu bahawa aku sentiasa mencintaimu dan menyayangimu kekal abadi..
Aku masih ingat kenangan manis kita bersama..kita telah pergiu jauh hingga ke Negeri Sembilan, Pahang, seluruh Lembah Kelang, Kedah, Perak, Pulau Pinang..boleh dikatakan semua negeri di Semenanjung Malaysia..nasib baik dikau tiada pelampung atau pun sayap..kalo ada, sudah tentu kita pergi ke Sabah dan Sarawak.
Semoga Kenangan manis dan pahit kita akan kekal di hati kita bersama..
Aku cinta padamu TIARA..
I Love U so much TIARA..

1 comments:

amirah fatin said...

ade jgk org sesengal nik.....ish2