Sunday, October 19, 2008

:: AidilFitri Perlis Indra Kayangan [1] ::

:: Pada 19/10/2008 Ahad yang lepas, kami beramai2 telah berjalan2 raya ke Perlis Indra kayangan atau dikenali sebagai Perlis Darul Sunnah.. yang pegi bersama trip ini adalah aku, Bro Reza, Kak Sira & Zul [Keter aku]..Jem, Nana & Niena [Keter PHR Putih Kuning]..

:: Kami bertolak pukul 830am, janji kul 8am nak bertolak tapi biasa la, ada sajer yang terlambat, so PHR Putih Kuning tur la yang menyebabkan kami bertolak lambat.. Kami bermula dengan baca doa naik kenderaan dan seterusnya bertolak..Kami bersarapan di R&R Gurun, aku mkn roti dan teh panas jer.. ::

:: Selepas bersarapan, kami bertolak ke Perlis dengan melalui North-South Highway dari Sg. Dua hingga Hutan Kampung, Then kami terus lagi sampai simpang Chuping..Kami melalui Felda Chuping dan seterusnya ke Padang Besar... Destinasi kami yang pertama adalah ke rumah kawan baik kami iaitu Zuraini (kawan kepada aku, jem, kak sira & Bro Reza)..Sampai ke rumah Zuraini lbh kurang kul 1045pm.. Sampai jer di rumah Zuraini, driver PHR Putih Kuning komplen perjalanan tadi (ikut Chuping) adalah jauh sedangkan orang Perlis sendiri kata jalan itu la yang paling cepat dan dekat.. Apa2 pun, kami selamat sampai dengan selamat ke rumah kawan kami Zuraini (bukan kawan kepada driver PHR Putih Kuning itew), hehhe.. ::

To be continue..

0 comments: