Tuesday, October 28, 2008

:: Jalan2 Beraya Akhir Bulan Syawal ::

:: Kenduri anak saudara Makjang di Keramat ::

:: Di Poh Kong, Alpha Angel, Wangsa Maju ::

:: Open House di rumah Kak Hanim [my-ex-officemate IIUM Library], Selayang ::

:: Jalan2 di Car Boot Sale, Shah Alam ::

:: Fuuuhhh, laju jugak dia ni bawak keter ::

:: 1st Step is DONE..Now Waiting for 2nd Step ::

:: 1st Step is the 1st Step..Allah knows who deserve to me.. just please pray for us.. amin ::

:: Errmm tanggal 25/10/2008 pukul 3pm, langkah pertama telah pun bermula, yang telah diketuai oleh Anyah&Wannyah ::


:: Turut hadir ialah Acu Bahron dan Maksu Liza, TQ very much for supporting me & family ::

:: Abang juga bersama2 dan sekaligus memberi semangat kepada acara tersebut ::


:: Anyah & Wannyah; orang yang cukup berpengalaman dan knowledgeable pasal acara2 ini ::


:: Semoga 1st step ini menjadi titik permulaan kebahagiaan selama2nya ::

:: 1st Step is DONE..Now Waiting for 2nd Step ::

Thursday, October 23, 2008

:: Information Searching Skills Workshop, Art Center ::

:: 22/10/2008 aku bersama2 Puan Ayu telah hadir ke Pusat Seni, USM untuk mengendalikan Bengkel Kemahiran Pencarian Maklumat khas untuk student2 Pusat Seni yang berkaitan ::

:: Crowd kali ni ramai sgt2 lbh kurang 200 participant, susah gak nak handle dan nak attract diorg untuk dapatkan attention apa yg kita cakapkan di depan ::

:: Tapi ini akan memberi aku pengalaman yang membina sbb apa, mungkin lepas ni aku akan jadi fasilitator lebih dari seribu org, eh mungkin ker? ntah la..mungkin.. ::

:: Nak bagi penerangan kat student bole la jugak, tapi certain2 crowd bukan student jer kita kena ajar, tapi lecturer yang dah ada pangkat Doctor, Assoc. Prof, Prof..huhuhu.. ::

:: Kadang2 tur kita lihat ada crowd yang bising, wat xtau, suka tanya soalan dan mcm2 lagi la..tapi yang paling pntg aku try attract crowd dgn gaya persembahan (mcm AF plk), lontaran suara dan selingan lawak jenaka.. ::

:: Kejer as Reference Librarian agak mencabar dan selari dengan cita2 aku akan datang iaitu menjadi seorang Pensyarah.. aku cuma perlu satu langkah lagi untuk bergelar Doctor, adakah itu akan jadi satu kenyataan? adakah ia akan menjadi reality? adakah aku akan mencapai matlamat tersebut? wallahu a'lam.. doakanlah agar cita2 aku akan tercapai pada satu hari nnt.. amin.. ::

Wednesday, October 22, 2008

:: AidilFitri Perlis Indra Kayangan [Last Episode] ::

:: Kini kami termengah2 kerana kenyang sgt2 mkn kat dua rumah; Zu dan Linda.. ::

:: Now, plan seterusnya kami nak gi SHOPPING.. kat mana? Padang Besar..Border Malaysia-Thailand.. alang2 dah sampai area ni, apa lagi, jom la...!! ::

:: Huhuhu..Padang Besar, barang2 murah bole la dapat kat sini, Destinasi Bajet kata kan.. aku bukannya kaya, huhuhu ::

:: Aku xder la beli byk pun, juts beli jersey Da' Gunners dua helai, Home&Away..kain pun ok la jugak kualiti dia..nak beli ori xmampu, siam pun siam la..asalkan ada like ori punyer.. ::

:: Ma aku ada la suruh beli Beras Pulut Susu, sekilo RM3 jer..kalo kat tempat lain mahu RM6 sekilo.. apa2 pun Padang Besar tempat persinggahan kami ke 3 (kot) ::

:: Destinasi seterusnya kami nak pi rumah kawan kami; Hazli&Kak Sue.. time on da way tur, kami singgah ke satu tempat penternakan Burung Kasawari, Kuda, Selembu, Rusa etc.. sempatlah posing2 skit.. ::

:: Final Destination adalah rumah kawan lama kami Hazli&Kak Sue..diorang ni husband&wife..Hazli ni member lama aku, duk satu bilik dari matrix sampai la ke final year degree dulu..diorang skrg ustaz dan ustazah..apa2 pun aku seronok jumpa diorang ni, kami dijamu nasi lemak special dari Kuala Perlis dan Taman Kemajuan yg dibeli oleh ayahnya..::


:: [Pic by Bro Reza] ::
:: Last but not least.. kami semua happy sangat2 sbb best berjalan raya sama2 sambil menikmata keindahan alam yang Allah ciptakan untuk kita..
Akhir sekali..
Selamat Hari Raya,
Salam AidilFitri,
Maaf Zahir Batin,
Kullu 'Am Wa Antum Bi Khoir ::

[Next Weekend, travel to KL&Selangor]

Tuesday, October 21, 2008

:: AidilFitri Perlis Indra Kayangan [3] ::

:: Selepas kami pi rumah Zu, kami pergi ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Linda di Kg Abi Tok Hashim.. Ni gambar anak sedare Linda yang cute miut, she's always smile, senang dengan semua org, nama glamornya Didy (baby ge-girl tau).. ::

:: Kami disambut oleh Linda (kanan sekali), ayah Linda cukup ramah dan melayani kami yang jauh dtg dari Penang, alhamdulillah kami dijamu dengan Spegeti (Linda masak, original recipe) dan ketupat lauk daging rendang dan AYAM DARA (haaa DARA???), hehehe.. ::

:: Anyway, timer kasih byk2 linda&keluarga kerana menerima ketibaan kami dan menjamu kami pelbagai makanan, insyaAllah kami akan datang lagi hujung bulan November 2008 nanti, mkn NASI MINYAK pulak..hehehe, nyum nyum ::



Monday, October 20, 2008

:: AidilFitri Perlis Indra Kayangan [2] ::

:: Gadis berbaju biru itu lah kawan kami, Zuraini..Sampainya kami di rumah Zu, kami dihidangkan laksa Perlis, nyum nyum..sedap sangat.. ::

:: Ayah Zu sangat peramah dan baik..Pakcik melayan kami dari awal sampai kami nak balik, apa2 pun kami ucapkan terima kasih byk2 kepada pakcik dan sekeluarga.. ::

:: Perjalanan kami penat jugak sebenarnya tetapi alhamdulillah penat kami hilang selepas makan dan layanan keluarga Zu, aku 1st time datang rumah Zu ni, mungkin lepas ni datang bila Zu wat kenduri kot ::

:: Jem, huhuhu.. kuat makan minah ni, tapi dia meriah sangat2.. ::

Sunday, October 19, 2008

:: AidilFitri Perlis Indra Kayangan [1] ::

:: Pada 19/10/2008 Ahad yang lepas, kami beramai2 telah berjalan2 raya ke Perlis Indra kayangan atau dikenali sebagai Perlis Darul Sunnah.. yang pegi bersama trip ini adalah aku, Bro Reza, Kak Sira & Zul [Keter aku]..Jem, Nana & Niena [Keter PHR Putih Kuning]..

:: Kami bertolak pukul 830am, janji kul 8am nak bertolak tapi biasa la, ada sajer yang terlambat, so PHR Putih Kuning tur la yang menyebabkan kami bertolak lambat.. Kami bermula dengan baca doa naik kenderaan dan seterusnya bertolak..Kami bersarapan di R&R Gurun, aku mkn roti dan teh panas jer.. ::

:: Selepas bersarapan, kami bertolak ke Perlis dengan melalui North-South Highway dari Sg. Dua hingga Hutan Kampung, Then kami terus lagi sampai simpang Chuping..Kami melalui Felda Chuping dan seterusnya ke Padang Besar... Destinasi kami yang pertama adalah ke rumah kawan baik kami iaitu Zuraini (kawan kepada aku, jem, kak sira & Bro Reza)..Sampai ke rumah Zuraini lbh kurang kul 1045pm.. Sampai jer di rumah Zuraini, driver PHR Putih Kuning komplen perjalanan tadi (ikut Chuping) adalah jauh sedangkan orang Perlis sendiri kata jalan itu la yang paling cepat dan dekat.. Apa2 pun, kami selamat sampai dengan selamat ke rumah kawan kami Zuraini (bukan kawan kepada driver PHR Putih Kuning itew), hehhe.. ::

To be continue..

:: Al - Fatihah untuk Paklong Dali (Sepupu Ayah) ::

:: Jenazah Paklong Dali dibawa ke tanah perkuburan yang berdekatan dengan rumahnya ::
:: Arwah Paklong Dali ni sepupu kepada ayah aku, anak arwah baik dengan aku namanya Kak Ana..Kak Ana ni duk kat Penang jugak..Arwah meninggal dunia kerana sakit tua pada 18/10/2008 awal pagi Sabtu lbh kurang kul 145am.. ::

:: Suasana sedih menyelubungi rumah arwah ::

:: Sedare-mare dan orang kampung x putus2 dtg menziarahi arwah buat kali terakhir ::

Thursday, October 16, 2008

:: " Ikhwan, ko kejer apa ek? " ::

Member: Wan, ko kejer kat mana skrg?

Aku: Aku? Kejer kat USM skrg, kat Penang..

Member: Waaahhh jadi lecturer ek ko skrg?

Aku: Isshhh bukan la..

Member: Ikhwan, ko kejer apa ek?

Aku: aku Librarian kat sana, Pustakawan...

Member: Pustakawan mcm kat sekolah tur ker?

Aku: Ishhh mana ada, Librarian ni kira professional la bro..nak jadi Librarian kena ada background study Library & Information Science, baru bole jadi Librarian..

Member: Mana la aku tau, kira kejer ko susun buku, tolak troli, cop buku la ek?

Aku: Hahahahha..aku x wat kejer tur, aku more to management part la, kalo ada technical pun more to professional part mcm cataloguing..

Member: So ko wat apa?

Aku: Aku pegang satu unit skrg ni, panggil Unit MIDAS..more to manage industrial membership library aku..kejer aku jugak ngajar student dan lecturer kat USM tur..aku ajar Information Literacy Skills dan EndNote kelas..pastur aku menjawab dan melayan semua pertanyaan rujukan xkira la psl research ker, apa2 ker, especially tanya pasal online databases..aahhh ko bukan tau pun kalo aku citer nie..

Member: Wei..apa ingat aku xtau ker?

Aku: Hahahha...sengal..

Member: Tapi ko dulu amik kos agama kan? apsal ko tukar bidang lak ni?

Aku: Eh mana ada tukar bidang bro..aku tambah bidang, ok apa skrg aku ada dua bidang, bole apply dua2 skali gus bila kejer..hehehehhe...

Member: Cmner lak tur? Ko kejer kat library, bukannya ada ko nak ngajar jadi ustaz ker? duk nikah org ker? duk tangkap org ker? hehehhe..

Aku: Bro..sini ada jugak org Arab, Buku Arab..so serba skit aku bole la apply apa yg aku bljar dulu, wei..sini ramai tau Librarian dari UIA yang amik kos agama dulu..

Member: Hahhaha..ok la, aku sajer jer nak bg hangat kat ko..aku doakan ko cepat2 sambung Phd..ok Bro..

Aku: Ok Bro..sama la kita..


Monday, October 13, 2008

:: Jalan Beraya Sakan ::

:: Bersama Tuan Rumah Terbuka; Tuan Haji Mohd Pisol [Ketua Pustakawan, USM] ::
:: Pada hari Ahad bertarikh12/10/2008, kami telah pergi ke Rumah Boss kami di Bukit Minyak, Penang pada pukul 12 tengahri, kami lepak dan makan2 sampai pukul lbh kurang 3pm, Di rumah terbuka Boss kami ini, kami makan Nasi Minyak lauk Ayam&Daging, Bihun/Keow Teaw/Mee Sup, Laksa, Nasi Impit dan Kuih Muih Tradisional ::

:: Gambar Bersama Di Hadapan Rumah Tuan Haji Mohd Pisol ::

:: Ini pulak Di Hadapan Rumah Eddy [Staff Bahagian Proses Teknik, Perpustakaan Hamzah Sendut, USM] ::

:: Lbh kurang pukul 3pm, kami bertolak ke Rumah Eddy di Nibong Tebal, dekat dengan USM Kampus Kejuruteraan, famili Eddy menyediakan Nasi Hujan Panas, Lemang, Nasi Impit dan Kuih Muih..Rendang Daging yang paling sedap, nyum nyum.. ::




Sunday, October 12, 2008

:: Teh Tarik & Bola ::

:: Teh Tarik ni aku layan kat PELITA Bayan Baru, tgk bola England VS Kazakhtan [12am] ::

:: Wide Screen..kat PELITA ni ok la jugak, lps ni nk tgk kat sini jer la.. Clear view, comfort place for lepak2.. ::

Wednesday, October 8, 2008

:: Nyor oooohhh Nyor ::

:: PakNgah sedang Menkopek Kelapa/Nyor ::

:: PakNgah Menggalah Nyor ::

:: 4 Dara Pingitan Nyor, hahahha ::

:: Izfar minum Nyor ?? ::

:: Waahh, khusyuknyaa Ijaaaaaaad ::

:: Ayah memang suka minum Nyor, favourite !! ::

:: Hero Nyor sedang mengopek Nyor (baru belajar), hehehe ::