Wednesday, August 20, 2008

:: Majlis Perpisahan Mahadzer ::

:: Ucapan oleh Mahadzer ::

:: Ikan Siakap, TomYam, Kerabu Mangga, Sotong Tepung, Sayur Campur, Telur Dadar, Fresh Orange ::

Pada 20hb Ogos yang lepas, Bahagian Rujukan dan Penyelidikan PHS USM telah mengadakan jamuan perpisahan Mahadzer yang berpindah ke Unit Sukan USM. Jamuan tersebut dibuat dengan sederhana dan dihadiri oleh staf BRP sahaja serta bekas staf seperti Puan Arinawati dan En. ABAAS. Kami mendoakan Mahadzer berjaya walau di mana anda berada.




Tuesday, August 19, 2008

:: Selamat Tinggal Tiara Ku ::

:: Selamat Tinggal Tiara Ku ::
Proton Tiara adalah kereta pertama ku yang diamanahkan oleh my parent untuk dijaga sejak tahun 2003 (kalau tak silap). Kini setelah 6 tahun aku telah menjaga dan membelai sertai mencintai Tiara ini dengan sepenuh jiwa, bulan Ogos 2008 aku terpaksa kembalikan kepada my parent dan meninggalkan dikau Tiara ku buat selama2nya.
Aku tidak berniat nak menduakan dikau tetapi jodoh kita tidak lama..dikau perlu kembali kepada tuan asalmu iaitu my mom.
.
Aku tak akan lupakan kenangan kita bersama, susah dan senang kita bersama. Aku masih ingat dikau selalu naik panas (overheating) sehinggakan aku naik fade up, akhirnya aku ubati dikau dengan menggantikan penyejuk untuk dikau.
Rangka kaki (drive sharf) dikau pun selalu bermasalah, aku tidak jemu2 mengubati dikau..mcm2 jenis aku cari ubat dikau..ada yang dari Taiwan dan ada yang China..aku ingin meminta maaf kerana tidak mampu nak mengubati dikau dengan ubat buatan Perancis sebab terlalu mahal harganya..
Aku tahu dikau merajuk tatkala aku menghantar dikau hari tur..ada saja yang sakit..kenapa sewaktu aku hendak menghantar dikau saluran darahmu bocor (hos radiator)?..aku terpaksa berhenti 3-4 kali di R&R semata2 ingin menampal plaster lukamu itu.. aku tahu dikau merajuk tetapi dikau kena tahu bahawa aku sentiasa mencintaimu dan menyayangimu kekal abadi..
Aku masih ingat kenangan manis kita bersama..kita telah pergiu jauh hingga ke Negeri Sembilan, Pahang, seluruh Lembah Kelang, Kedah, Perak, Pulau Pinang..boleh dikatakan semua negeri di Semenanjung Malaysia..nasib baik dikau tiada pelampung atau pun sayap..kalo ada, sudah tentu kita pergi ke Sabah dan Sarawak.
Semoga Kenangan manis dan pahit kita akan kekal di hati kita bersama..
Aku cinta padamu TIARA..
I Love U so much TIARA..

Monday, August 18, 2008

:: Pembantu Pendaftar Pentas Konvokesyen USM ke-38 ::

:: Nur Cahaya Light dari USM ::

:: Posing dengan ROBE Marshal USM ::

:: Pendaftar USM sedang memberi taklimat Rehearsal KONVO USM ::

:: Dewan Tunku Syed Putra tempat berlangsungnya KONVOKESYEN USM ::

Pada 14-15hb Ogos 2008 pada sidang kedua dan keempat, aku telah ditugaskan di atas pentas konvokesyen USM ke-38 membantu pendaftar menyerahkan skrol kepada Pro0Canselor seterusnya menyerahkan kepada graduan2. Pengalaman ini tidak akan dilupakan kerana dua tahun lepas berturt2 aku menerima skrol konvokesyen di UIA tetapi pada tahun ini aku tetap naik atas pentas tetapi di konvokesyen USM sebagai pembantu Pendaftar.

Sunday, August 17, 2008

:: Majlis Perkahwinan Fahrul & Ros (Sepupu aku) ::

:: Semakin sedikit sepupu yang sebaya aku yang masih bujang ::

:: Fahrul & Ros bercerekarama ::

:: Selamat Pengantin Baru buat Fahrul & Ros, semoga kekal hingga ke akhir hayat ::

Pada tanggal 17 Ogos 2008, Fahrul & Ros telah diijabkabulkan di Junjung, Pulau Pinang. Kenduri sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada hari yang sama dan kenduri sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada minggu berikutnya di Terengganu. Aku sebagai sepupunya menumpang gembira dan mendoakan agar pengantin baru ini kekal hingga ke akhir hayat.








Saturday, August 16, 2008

:: Selamat Pengantin Baru MKA (Mohd Khairil Anwar) ::

:: Hensem dah MKA oiii ::

:: Hek eleh..make up la pulak dia..bida'ah la wei ::

:: Dah kawin ya ko akhirnya, aku ni bila la plk?? aku doakan our frenship tak akan putus..amin ::

Aku, fatihah dan Oshin telah menghadiri majlis kenduri MKA (kira sahabat aku kat UIA dulu) di Gunung Rapat, Ipoh kediaman MKA ni. Meriah dan simple..kenduri yang begitu unik dan islamik..apa2 pun yang penting, aku doakan ko bahagia hingga ke akhir hayat ok? jangan lupa kwn2 dah ler..ok?




Monday, August 11, 2008

:: Majlis Perkahwinan Suraya & Shukry (Sepupu aku) ::

:: Pelamin yang indah, perhubungan dengan keluarga jugak perlulah indah
(Pic By Adik [Safuan]) ::

:: Aku as penyambut tetamu di Lobi Primula Beach Resort (Pic By Adik [Safuan]) ::

:: Muka Jebik FaFau & Ikhwan ::


:: T 38 ?? ::

Tanggal 08.08.08, aku naik flight dengan mak aku ke Terengganu untuk menghadiri Majlis akad nikah dan perkahwinan sepupu aku Wan Suraya & Shukry..Akad nikah dan Majlis Kenduri Kahwin untuk VIP dan sedare terdekat diadakan di PriMula Beach Resort..manakala Majlis Kenduri yang umum diadakan di Muzium Terengganu, Losong..

Yang seronoknya kenduri ini ialah aku dapat berjumpa dengan sedara mara aku especially sepupu2 yang lama xjumpa...ada yang balik dari oversea, dulu rambut pendek, skrg dah rambut panjang..ada yang dulu kurus keding, skrg dah gemuk..ada dulu yang hitam gelap, skrg dah putih melepak, ada yang single, skrg dah berdua..dan ada jugak dulu berpartner, skrg dh bersingle..huhuhu..

Apa2 pun aku balik Terengganu just enjoy dan yang paling penting, aku dh melepaskan rindu mkn nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, kuih-muih tradisional Terengganu dan lain2..









Sunday, August 3, 2008

:: Trip To Bukit Tinggi, Indonesia [Part1-8] ::

:: Ikutilah perjalanan aku ke Bukit Tinggi, Indonesia di bawah ini ::